Menurut laporan kumpulan digital rights berpengkalan di Lubnan, SMEX, aplikasi tersebut — dibangunkan firma analitik IronSource — didapati menjejak lokasi pengguna, corak penggunaan aplikasi, serta maklumat peranti tanpa kebenaran berterusan.
Lebih membimbangkan, AppCloud kembali aktif setiap kali kemas kini sistem dijalankan, menimbulkan persoalan sama ada ia sengaja diintegrasikan ke dalam One UI sehingga mustahil dibuang oleh pengguna biasa.
Risiko besar di rantau bergolak
SMEX memberi amaran bahawa kewujudan perisian yang tidak boleh dinyahpasang ini membuka ruang penyalahgunaan data oleh pihak ketiga, terutama di negara-negara (Middle East and North America) MENA seperti Mesir, Arab Saudi dan UAE yang mempunyai sejarah pengawasan ketat oleh pihak berkuasa.
“Ini bukan sekadar bloatware, ini pintu belakang untuk pengawasan,” kata jurucakap SMEX, sambil mendesak Samsung mengeluarkan tampalan keselamatan global dan menjelaskan sejauh mana data dihantar kepada IronSource.
Telefon bajet Samsung menjadi pilihan utama di rantau itu, menjadikan isu pengumpulan data tanpa kawalan sangat sensitif dalam konteks politik serantau.
Samsung nafi sekatan, tetapi belum jawab isu sebenar
Polemik itu turut mencetus gelombang dakwaan palsu di media sosial kononnya terdapat larangan antarabangsa terhadap model terjejas. Namun pengawal selia termasuk FCC menafikan dakwaan tersebut.
Samsung setakat ini hanya mengulangi komitmen umum mengenai privasi pengguna tanpa menjawab secara khusus tuduhan yang dibuat dalam laporan SMEX.
Tekanan meningkat, pengguna tuntut ketelusan
Penganalisis keselamatan menegaskan bahawa isu perisian Pre-install kini pada peranti Android bukan perkara baharu, namun tahap integrasi AppCloud menjadikan kes ini antara yang paling serius.
Dengan peningkatan kes kebocoran data di seluruh dunia, tekanan kini memuncak agar Samsung memberi penjelasan penuh serta menyediakan pilihan untuk pengguna memadamkan aplikasi yang dianggap “spyware rasmi” ini.
Berita asal | cybersecuritynews

No comments
Post a Comment