NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Aliakhbar Buat Laporan Polis Terhadap Poster Fitnah di Facebook

KOTA KINABALU, 18 Nov – Calon Perikatan Nasional bagi DUN Karambunai, Datuk Dr Aliakhbar, akan membuat satu laporan polis esok terhadap seorang pengguna Facebook bernama Romeo Ansow susulan penyebaran sebuah poster yang didakwa bersifat fitnah dan boleh menjejaskan reputasinya sebagai calon.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukannya, poster berkenaan memaparkan kata-kata yang tidak pernah diucapkan oleh beliau, sekali gus dianggap cubaan mempengaruhi persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah.

Laporan polis akan dibuat di Balai Polis Alamesra pada 19 November 2025 (Rabu), jam 10.00 pagi, dan Dr Aliakhbar dijadual hadir sendiri untuk membuat aduan rasmi terhadap individu berkenaan..

Penyokong serta penduduk setempat yang berdekatan turut dialu-alukan hadir sebagai tanda solidariti.

#PolitikBaik #KarambunaiBAIK #KasiBagusSabah #TolakFitnah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo