MANDI HADAS TIDAK RATA
Soalan :
Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.
Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?
Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?
Jawapan :
Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Olih itu jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dengan katanya :
Ų«Ł
َّ ŲŗŲ³َŁ Ų³Ų§Ų¦ِŲ±َ Ų¬َŲ³َŲÆِŁ
Artinya : “Kemudian Nabi sollallahu alaihi wasallam membasuh sekelian bahagian tubuhnya.” (Hadith Bukhari)
Berkata Imam Shon’ani :
ŁŲ§ŁŲŲÆŁŲ«ُ ŲÆŁŁŁٌ Ų¹ŁŁ Ų£ŁَّŁ ŁŲ¬ِŲØُ ŲŗَŲ³Łُ Ų¬Ł
ŁŲ¹ِ Ų§ŁŲØَŲÆَŁ ŁŁ Ų§ŁŲ¬ŁŲ§ŲØŲ©، ŁŁŲ§ ŁُŲ¹Łَ٠ع٠ؓŁŲ”ٍ Ł
ŁŁ
Artinya : “Dan hadith ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.” (Kitab Subulussalam)
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
ŁŁŲÆ Ų£ŁŲ¬ŲØ Ų§ŁŲ¹ŁŁ
Ų§Ų” ŁŁ Ų§ŁŲŗŲ³Ł Ł
Ų§ ŁŲ£ŲŖŁ
ŲŖŲ¹Ł
ŁŁ
Ų§ŁŲ¬Ų³ŲÆ Ų“Ų¹Ų±Ł ŁŲØŲ“Ų±Ł ŲØŲ§ŁŁ
Ų§Ų” Ų§ŁŲ·ŁŁŲ±: ŁŲ°Ų§ Ł
ŲŖŁŁ Ų¹ŁŁŁ ŲØŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų”، ŁŁŲ¬ŲØ ŲŖŲ¹Ł
ŁŁ
(أ٠؄عŁ
Ų§Ł
ŁŁŁ Ų§ŁŲ£ŲµŲ) Ų§ŁŲ“Ų¹Ų± ŁŲ§ŁŲØŲ“Ų±Ų© ŲØŲ§ŁŁ
Ų§Ų” Ł
Ų±Ų© ŁŲ§ŲŲÆŲ©، ŲŲŖŁ ŁŁ ŲØŁŁŲŖ ŲØŁŲ¹Ų© ŁŲ³ŁŲ±Ų© ŁŁ
ŁŲµŲØŁŲ§ Ų§ŁŁ
Ų§Ų”، ŁŲ¬ŲØ ŲŗŲ³ŁŁŲ§
Artinya :
“Sungguhnya telah mewajibkan olih para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit.
Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.” (Al-Fiqh Al-Islami)
Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air itu tidak dikira sebagai mandi yang sah.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus

No comments
Post a Comment