- “Apabila kerajaan mahu lebih ramai pelajar memasuki Tingkatan 6, maka kerajaan juga perlu menambah jumlah kuota kemasukan ke universiti awam bagi mereka.Kita kena akui, pada masa kini, memang ramai calon yang pandai serta hebat dan mempunyai potensi yang perlu bersaing sengit antara mereka bagi mendapat tempat yang terhad,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
- Mengulas isu pelajar cemerlang STPM yang gagal mendapat tempat di universiti awam, beliau menegaskan tiada diskriminasi dalam pemilihan UPUOnline.
- “Tiada bukti diskriminasi walaupun dia bukan bumiputera, semua kaum boleh sambung pelajaran ke universiti awam.Malah, pemilihan juga dibuat berdasarkan sistem meritokrasi yang telus dan adil di samping prestasi akademik dan kokurikulum, tanpa mengira latar belakang kaum,” ujarnya.
KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memperkasakan penambahan kuota kemasukan pelajar ke universiti awam.
Pengarah Pusat Pembangunan Karier Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salleh Amat berkata, jika kerajaan mahu perkasakan Tingkatan 6, maka kerajaan juga seharusnya menambah bilangan kuota ke universiti awam bagi calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Pada pendapat saya, apabila kerajaan mahu lebih ramai pelajar memasuki Tingkatan 6, maka kerajaan juga perlu menambah jumlah kuota kemasukan ke universiti awam bagi mereka.
“Kita kena akui, pada masa kini, memang ramai calon yang pandai serta hebat dan mempunyai potensi yang perlu bersaing sengit antara mereka bagi mendapat tempat yang terhad,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
Menurutnya, proses permohonan kemasukan pelajar ke universiti awam melalui sistem UPUOnline beroperasi berdasarkan sistem meritokrasi dengan pemarkahan merit ditetapkan mengikut kursus atau program yang dipohon.
Ia memastikan calon paling layak dan cemerlang dari segi akademik mendapat tempat.
Justeru, katanya calon juga perlu memahami struktur bagaimana hendak membuat pemilihan kursus atau jurusan di UPUOnline.
“Sebagai contoh, jika ada calon membuat pilihan pertama bagi jurusan dan universiti terbabit maka calon itu akan memperoleh peluang lebih cerah berbanding calon meletakkan di pilihan kedua atau ketiga bagi jurusan dan universiti yang sama,” jelasnya.
Dalam pada itu, mengulas isu pelajar cemerlang STPM yang gagal mendapat tempat di universiti awam, beliau menegaskan tiada diskriminasi dalam pemilihan UPUOnline.
“Tiada bukti diskriminasi walaupun dia bukan bumiputera, semua kaum boleh sambung pelajaran ke universiti awam.
“Malah, pemilihan juga dibuat berdasarkan sistem meritokrasi yang telus dan adil di samping prestasi akademik dan kokurikulum, tanpa mengira latar belakang kaum,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar STPM, Edward Wong, memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan tetapi ditolak permohonannya oleh enam universiti awam.
Dia kemudian berkongsi kekecewaannya di Facebook sekali gus menarik perhatian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, yang mengadakan sidang akhbar bersamanya semalam bagi menuntut penjelasan.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment