NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Reformasi keselamatan sekolah dikritik: MSOSH bidas pendekatan ‘tangkap muat’ KPM



  • “Senarai ahli jawatankuasa tidak melibatkan pakar OSH daripada DOSH, NIOSH atau profesional bertauliah seperti Safety & Health Officer (SHO), Occupational Health Doctor (OHD) dan Industrial Hygienist. Ketiadaan kepakaran ini menyebabkan aspek teknikal keselamatan terabai dan cadangan yang dibawa berisiko hanya bersifat kosmetik.” – Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar bin Ismail
  • Arahan supaya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) melaksanakan audit keselamatan mingguan turut menimbulkan tanda tanya kerana pegawai Nazir lebih berpengalaman dalam kurikulum dan pentadbiran, bukan bidang OSH.

 

KUALA LUMPUR – Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) mempersoalkankeberkesanan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan (JRKIP) yang diumumkan pada Ogos lalu, susulan kebimbangan awam terhadap isu keselamatan pelajar di sekolah dan asrama.

Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar bin Ismail, berkata meskipun langkah tersebut dilihat reaksi segera pasca beberapa insiden tragis termasuk kes pelajar jatuh dari tingkat tiga asrama di Sabak Bernam, pelaksanaannya gagal menampilkan penglibatan pakar keselamatan pekerjaan (OSH).

“Senarai ahli jawatankuasa tidak melibatkan pakar OSH daripada DOSH, NIOSH atau profesional bertauliah seperti Safety & Health Officer (SHO), Occupational Health Doctor (OHD) dan Industrial Hygienist.

“Ketiadaan kepakaran ini menyebabkan aspek teknikal keselamatan terabai dan cadangan yang dibawa berisiko hanya bersifat kosmetik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, arahan supaya Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) melaksanakan audit keselamatan mingguan turut menimbulkan tanda tanya kerana pegawai Nazir lebih berpengalaman dalam kurikulum dan pentadbiran, bukan bidang OSH.

“Audit sebegini berpotensi menghasilkan laporan umum yang tidak tepat, lalu gagal menyentuh isu kritikal seperti keselamatan elektrik, makmal, dan struktur bangunan,” tegasnya.

MSOSH turut melahirkan kekecewaan kerana beberapa usaha mereka untuk menawarkan kepakaran kepada KPM termasuk melalui surat rasmi tidak pernah diberi maklum balas.

“Adakah ini soal ego, atau keselamatan sekolah masih belum dianggap serius?” soal Ahmad Fakhrul.

Beliau menegaskan bahawa DOSH dan NIOSH perlu menjadi ahli tetap jawatankuasa, manakala profesional OSH berdaftar mesti dilibatkan dalam pelaksanaan di lapangan.

Sekolah juga perlu diiktiraf sebagai tempat kerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994).

Sebagai jalan ke hadapan, MSOSH menggesa supaya audit teknikal dilakukan oleh pakar OSH, latihan kebakaran wajib dijalankan setiap semester, modul keselamatan diperkenalkan dalam kokurikulum, serta jawatankuasa OSH diwujudkan di setiap sekolah dengan sokongan pakar luar.

“Penubuhan JRKIP adalah langkah yang betul, tetapi tanpa penglibatan pakar OSH, matlamat reformasi keselamatan sekolah sukar dicapai.

“Reformasi tidak boleh bersifat tangkap muat atau hanya reaksi selepas tragedi. Ia perlu menjadi budaya berterusan demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya.-The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo