NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Pandan lulus usul desak titah adendum dilaksanakan segera



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan digesa supaya melaksanakan dengan segera perintah Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu disuarakan Perwakilan UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Syed Harman yang secara tegas mendesak agar perintah tahanan di rumah dilaksanakan terhadap Najib tanpa sebarang alasan, dolak dalih atau campur tangan politik.

“Kami menuntut agar Datuk Seri Najib Tun Razak dipindahkan serta-merta untuk menjalani baki hukuman beliau dalam tahanan rumah sebagaimana yang telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda demi menjunjung keadilan dan kedaulatan Raja Berperlembagaan,” katanya yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Pandan merangkap Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan usul pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan di sini, hari ini.

Syed Rosli secara tegas menyatakan, biarlah usul itu menjadi contoh kepada seluruh UMNO Bahagian lain yang akan bersidang di seluruh negara untuk bangkit membawa perkara yang sama.

Katanya, ia demi menegakkan kebenaran dan keadilan buat Najib dan biarlah ia menjadi bukti kepada seluruh negara bahawa suara akar umbi UMNO Bahagian tegas menolak sebarang bentuk penderhakaan terhadap institusi Raya Melayu serta komited menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

Usul berkenaan mendapat sokongan lebih 300 perwakilan yang hadir dan diluluskan sebulat suara.

Terdahulu dalam ucapannya, Syed Rosli berkata, perbuatan menyorok Titah Adendum bukan sahaja satu bentuk kezaliman  terhadap Najib tetapi, lebih parah ia merupakan satu bentuk penderhakaan terhadap institusi raja-raja khususnya terhadap keputusan rasmi yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini diberitahu bahawa Najib mempunyai peluang untuk mendapatkan bukti tambahan mengenai Titah Adendum ketika memohon kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman, seandainya usaha wajar atau due diligence’ sudah pula dilakukan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dalam hujahannya berkata, bagaimanapun Najib gagal menunjukkan sebarang bukti bahawa usaha wajar telah pun diambil untuk mendapatkan dokumen berkenaan.

Titah Adendum itu dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – MalaysiaGazette













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo