NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar beriadah bersama delegasi Malaysia sempena lawatan ke Brazil



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa beriadah bersama delegasi Malaysia di kawasan sekitar Copacabana, Rio De Janeiro di sebalik jadual rasmi yang padat sempena lawatan kerjanya ke Brazil.

Aktiviti riadah tersebut berlangsung dalam suasana santai berhampiran penginapan rasmi sekali gus mencerminkan komitmen beliau terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan meskipun berada di luar negara.

“Sempat meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana. Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri kini berada di Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17.

Anwar dijadual menyampaikan dua kenyataan negara pada sidang kemuncak berkenaan.

Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak itu adalah atas kapasiti sebagai Negara Rakan BRICS dan selaku Pengerusi ASEAN 2025. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo