Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pembedahan tersebut melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang mengalami sawan fokal, kelemahan otot muka dan gangguan pertuturan.
“Hasil imbasan MRI menunjukkan kehadiran tumor pada lobus frontal kiri yang terletak berhampiran kawasan penting mengawal pertuturan.
“Bagi mengurangkan risiko kecacatan neurologi, pendekatan kraniotomi sedar digunakan supaya fungsi pertuturan dan pergerakan dapat dipantau secara langsung sepanjang pembedahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pesakit juga menjalani sesi latihan dan persediaan awal sebelum pembedahan dijalankan.
“Sesi persediaan dan latihan pra operasi dijalankan bersama pesakit terlebih dahulu. Semasa pembedahan, pesakit diberi bius setempat dan ubat penenang sebelum dibawa ke fasa sedar untuk penilaian fungsi neurologi oleh pasukan neurologi dan psikiatri.
“Tumor kemudiannya berjaya dikeluarkan dengan teliti oleh pakar bedah saraf menggunakan mikroskop dan teknologi pembedahan berpandukan imej (IGS),” katanya.
Menurutnya lagi, prosedur pembedahan kraniotomi yang mengambil masa satu setengah jam itu berjalan lancar tanpa komplikasi.
“Pesakit dibenarkan pulang dua hari kemudian dalam keadaan bebas sawan serta tanpa sebarang defisit neurologi,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/7/2025
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment