Kunjungan itu melibatkan Pegawai Zakat Wilayah Selatan, Ustaz Mohd Sani Harun, Penolong Pegawai Zakat Daerah Kulim/Bandar Baharu, Ustaz Mohd Khalil Mohd Zain dan Pembantu Zakat Daerah Kulim/Bandar Baharu, Ustaz Muhammad Khairul Anas Abu Bakar.
Menurut Siti Ashah, pertemuan yang berlangsung di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas, semalam, menjadi medan penting untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat antara pihak wakil rakyat dan institusi zakat.
“Kami berbincang secara telus dan terbuka mengenai pelbagai isu, antaranya inisiatif yang sedang dilaksanakan, cabaran pengurusan zakat, serta langkah-langkah penambahbaikan dalam aspek kutipan dan agihan,” ujarnya yang juga Exco kerajaan negeri.
Tambahnya, antara yang diberi penekanan dalam perbincangan tersebut ialah usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai kewajipan zakat dan memperluas capaian program bantuan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan.
Beliau berkata, peranan institusi zakat sangat penting bukan sahaja dari sudut ibadah, tetapi juga sebagai tonggak kebajikan masyarakat Islam dan penggerak kepada ekonomi umat.
“Saya amat menghargai kesungguhan pihak LZNK khususnya di Wilayah Selatan. Komitmen mereka sangat jelas dan usaha mereka patut disokong penuh oleh semua pihak,” katanya lagi.
Beliau turut mendoakan agar segala usaha yang digerakkan oleh LZNK akan terus diberkati Allah SWT dan mampu memberikan impak yang besar terhadap peningkatan kualiti hidup umat Islam di negeri Kedah.
“Inilah semangat kerjasama yang kita harapkan iaitu sinergi antara agensi dan pemimpin masyarakat untuk memastikan amanah zakat ditunaikan dan diagihkan dengan penuh hikmah,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/7/2025
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment