IPOH - Pemuda UMNO menyifatkan keputusan kepimpinan Pas Pusat merehatkan Razman Zakaria daripada menjalankan tugasnya sebagai Pesuruhjaya negeri dilihat akan menguntungkan pihak lawan dalam arena politik.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Muhammad Hamzah Md Hamdan berkata, Razman yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mempunyai kaliber tersendiri terutama dalam mencorakkan pembangunan negeri.
"Secara tidak langsung, beliau juga telah menaikkan nama parti politik yang diwakilinya.
"Justeru tindakan merehatkan Razman adalah satu tindakan politik yang lebih menguntungkan pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurut beliau, kesilapan dalam bertutur merupakan lumrah biasa sebagai seorang manusia.
"Sekiranya benar seperti yang ditularkan, tindakan keras Pas ini adalah sesuatu yang dikesalkan.
"Ia juga dilihat sebagai tindakan yang bakal mengecewakan penyokong Pas terutama dalam isu kepentingan Melayu dan Islam di Perak," katanya.
Sinar Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu dilapor telah direhatkan daripada tugas tersebut susulan beberapa isu yang melibatkan pemimpin itu.
Isu tersebut termasuk kes terbaru mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).
Difahamkan, tugas Pesuruhjaya Pas negeri kini dipangku Naib Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment