KOTA KINABALU - Isu berkaitan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dengan parti lain untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ditentukan oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah sebelum keputusannya diserahkan kepada pimpinan Pusat.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin susulan laporan yang mendakwa kerjasama tersebut adalah ditentukan oleh pimpinan pusat.
"PKR Sabah mengambil maklum kenyataan yang dibuat Timbalan Bendahari PKR Sabah dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Silam (Lahad Datu) dan setelah diteliti kenyataan tersebut disalah tafsir dan bercanggah dengan keputusan parti di peringkat negeri.
"Soal kerjasama dalam pilihan raya ditentukan oleh MPN Sabah kemudian diserahkan kepada pimpinan Pusat sebagai makluman sebelum diumumkan, ini berbeza dengan laporan yang mendakwa kerjasama ditentukan oleh pimpinan pusat.
"PKR Sabah mempunyai autonominya sendiri dalam menentukan agihan kerusi, rakan kerjasama serta manifesto yang akan dibawa bersesuaian dengan semangat rakyat Sabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR meminta pimpinan parti di negeri ini untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa merujuk kepada MPN.
"Di peringkat negeri PKR telah putuskan hanya pengerusi dan timbalannya boleh mengeluarkan kenyataan sendiri dan ketua penerangan diberi amanah selaku jurucakap parti manakala hanya ketua penerangan boleh mengeluarkan kenyataan selepas disahkan Biro Politik.
"Jadi kita minta pimpinan parti untuk menjaga disiplin dalam berorganisasi dan tidak gelojoh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa merujuk MPN," tegasnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment