NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP dapat kuasa senyap-senyap potong dan mansuhkan bajet pendidikan orang Melayu


Tahukah anda...semasa berkuasa dalam kerajaan persekutuan dulu, DAP senyap-senyap potong dan mansuhkan bajet untuk pendidikan anak-anak kita.

Apa yang DAP potong dan mansuhkan?

1. DAP potong bajet untuk Kementerian Pendidikan RM1.4 bilion

2. DAP potong bajet biasiswa JPA RM500 juta.

3. DAP potong bajet biasiswa MARA RM500 juta.

4. DAP potong bajet biasiswa Kementerian Pendidikan RM181 juta.

5. DAP potong bajet biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid RM28 juta

6. DAP potong bajet biasiswa Kementerian Kesihatan RM8 juta.

7. DAP mansuhkan skim bantuan baucer buku untuk siswazah RM300 juta.

Kalau dicampurkan kesemuanya, biasiswa dan peruntukan untuk pendidikan yang DAP potong jumlahnya adalah sebanyak RM2.917 bilion. (RM2,917,000,000 juta)

Berapa ramai anak-anak Melayu yang boleh dapat manfaat dalam bentuk bantuan pendidikan daripada jumlah sebesar itu?

Kalaulah tak kerana dipotong DAP...bukan hanya 4 orang...tapi berpuluh ribu anak-anak Melayu akan dapat diringankan beban mereka untuk melanjutkan pelajaran.

Apa yang Teo Nie Ching buat itu samalah seperti apa yang pernah dibuat oleh Lim Guan Eng untuk menarik perhatian Melayu.

Guan Eng war-warkan satu Malaysia dia sumbang 3 biji aircond bernilai RM11 ribu pada sebuah surau. Sedangkan sebelum itu DAP dengan sokongan PAN sudah pun selamat melelong RM1.2 bilion harta umat Islam didalam Tabung Haji.

Anda fikir-fikirkan lah.

Oh ya...sebelum saya lupa, bajet bantuan makanan untuk sekolah berasrama dan pra sekolah pun DAP potong juga RM110 juta.

Kesian anak-anak kita. Peruntukan makanan untuk mereka mengisi perut pun DAP sekat-sekat.

Semoga jgn diulang silap lama....

Tn.Miey


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo