NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Exco Terengganu tinjau gerai makan, cari ‘geng plastik hitam’

Terdahulu, di Facebook, Exco Terengganu Hanafiah Mat memuat naik gambarnya sedang meninjau gerai makan dari dalam kenderaan, bagi ‘menangkap’ orang Islam tidak berpuasa. 



PETALING JAYA
Seorang exco Terengganu meneruskan rutin tahunannya pada Ramadan dengan meninjau gerai makanan bukan Islam untuk membanteras ‘geng plastik hitam’.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Perpaduan Nasional Hanafiah Mat berkata, tinjauannya di daerah Kemaman setakat hari ini belum menemui orang Islam yang tidak berpuasa pada siang hari.

“Tahun ini, kita mahu kurangkan ‘geng plastik hitam seminimum mungkin,” katanya kepada FMT.

“Hari ini, saya tak jumpa lagi ‘geng plastik hitam’ sebab biasanya orang kenal saya. Saya dah pusing satu Kemaman.”

Menurutnya, selama 15 tahun melakukan tinjauan, beliau pernah menangkap ‘geng plastik hitam’ yang kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk diambil tindakan.

“Tindakan ini bukan gurauan … saya nak pastikan orang Melayu Islam berpuasa. Saya intai kedai makan yang dikunjungi orang Melayu Islam, biasanya mereka ke kedai makan Cina,” katanya menambah, beliau bagaimanapun tidak melakukan tinjauan setiap hari.

Hanafiah yang juga Adun Chukai berkata, beliau tidak bimbang tindakan itu mengundang kritikan kerana niatnya mencegah kemungkaran serta menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Terdahulu, di Facebook, Hanafiah memuat naik gambarnya sedang meninjau gerai makan dari dalam kenderaan.

“Mari pusing sekitar Chukai dulu hari ni, tengok ada tak kedai makan yang dibuka dan berniaga dengan orang Islam yang sengaja tak berpuasa di bulan Ramadan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut meminta saranan netizen tentang lokasi sering dikunjungi golongan ‘ponteng puasa’.

Pada 25 Feb lepas, JHEAT berkata, pihaknya akan memantau beberapa premis menerusi ‘Ops Supik Hitam’ sebagai usaha mencegah umat Islam membeli makanan pada waktu tidak dibenarkan sepanjang Ramadan.

Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Khalil Abdul Hadi dilaporkan berkata, pemantauan itu dibuat susulan laporan diterima berhubung kegiatan sama pada Ramadan lepas.



Sumber | FMT Malaysia










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo