![]() |
| Lim Guan Eng berkata beliau menyokong sebarang jumlah diberikan bagi membantu Bumiputera, namun peratusan peruntukan kepada kaum bukan Bumiputera juga perlu dinaikkan. |
Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, beliau menyokong sebarang jumlah yang diberikan bagi membantu golongan Bumiputera, namun peratusan peruntukan kepada kaum bukan Bumiputera juga perlu dinaikkan.
“Contohnya, jika RM12 bilion diperuntukkan kepada kaum Bumiputera, maka berikanlah 10% atau RM1.2 bilion kepada bukan Bumiputera.
“Ini selaras dengan kerajaan perpaduan yang menjaga semua rakyat,” katanya ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 di Dewan Rakyat.
Lim berkata, hanya 3% atau RM345 juta daripada keseluruhan peruntukan RM11.4 bilion kepada golongan Bumiputera diberikan kepada komuniti lain dalam Belanjawan 2022.
Isu perbezaan besar dalam pengagihan peruntukan antara kaum itu pernah dibangkitkan pengerusi DAP itu pada tahun 2022.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment