NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahanan akui akhlak dan perlindungan yang diberikan pasukan HAMAS




BANGI, 4 SYAABAN — Tahanan yang dibebaskan Hamas memuji perlindungan diberikan pasukan pejuang itu sepanjang 15 bulan serangan bertalu-talu oleh Israel. 

 

Keith Siegel, 65, berkata Hamas memastikan segala keperluannya dipenuhi terutama dari segi ubat-ubatan dan diet pemakanan, lapor Press TV. 

 

“Para pejuang yang menjaga saya selama tempoh ini memastikan semua keperluan saya dipenuhi bermula daripada makanan, minuman, ubat-ubatan, vitamin, hingga ke rawatan mata.  

 

“Mereka memperlakukan saya dengan baik selama 15 bulan lepas. Memantau tekanan darah dan keperluan lain.

 

“Hamas juga memastikan makanan yang disediakan sesuai dengan keadaan kesihatan saya seperti makanan diet sayuran tanpa minyak,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi video ucapan perpisahan dan terima kasih kepada Hamas yang disiarkan semalam.  

 

Keith antara tiga tahanan warga emas yang dibebaskan Hamas kelmarin dalam fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza.  

 

Katanya, kerajaan haram Israel juga terlalu lambat dan berlengah-lengah dalam usaha mencapai persetujuan gencatan senjata sehingga banyak nyawa terkorban. 

 

Sementara itu, seorang lagi tahanan tertua yang dibebaskan Hamas mendakwa pasukan pejuang itu menjaga dia dengan penuh hormat. 

 

Gadi Moses, 80, berkata demikian menerusi pesanan yang disampaikan kepada keluarganya selepas dibebaskan oleh Hamas minggu lalu.

 

“Dia hidup dalam keadaan yang sama dengan penculiknya dan makan apa yang mereka makan.

 

“Mereka juga memberinya buku mengenai Islam serta cermin mata untuk membaca. Pengeboman Israel sangat menakutkan baginya,” kata wakil keluarga. 

 

Seorang lagi wanita yang dibebaskan Hamas November lalu memuji tindakan pejuang melindungi mereka sekeluarga daripada serangan Zionis. 

 

Chen Goldstein-Almog, 49, berkata keberanian pejuang Hamas terbukti selepas sanggup menggadai nyawa demi melindungi tebusan. 

 

“Para penjaga kami, penculik kami, berdiri di atas kami melindungi kami dengan tubuh mereka daripada serangan,” katanya. 

 

Chen dan tiga anaknya ditahan Hamas semasa Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 dan dibebaskan pada 26 November lalu.

 

Israel dan Hamas bersetuju gencatan senjata tiga fasa bermula 19 Januari lalu dengan 18 tahanan sudah dibebaskan setakat ini. 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo