NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Speaker ‘neutral’ bukan parti mana-mana”, kata Fahmi

Fahmi Fadzil berkata Muhyiddin Yassin harus menyalahkan diri sendiri atas keputusan speaker Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi Ahli Parlimennya yang berpaling tadah.


KUALA LUMPUR: Fahmi Fadzil mendakwa Muhyiddin Yassin tidak menceritakan perkara sebenar mengenai keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah.

Menteri komunikasi berkata, presiden Bersatu hanya ‘cerita separuh jalan’ daripada keseluruhan perkara membabitkan Perlembagaan Persekutuan dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.

“Saya melihat surat daripada speaker, saya berpandangan Muhyiddin hanya cerita separuh jalan, dia tak cakap tentang keseluruhan dalam Perlembagaan itu sendiri.

“Saya percaya speaker teliti dengan mendalam dan ada asas (keputusan itu),” katanya selepas majlis penyerahan topi keledar percuma kepada 150 pelajar di Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.

Sebaliknya, Fahmi berkata Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) harus menyalahkan diri sendiri atas keputusan itu kerana Bersatu adalah pihak yang menolak banyak cadangan jawatankuasa khas bagi meneliti pindaan Perlembagaan bertujuan melarang Ahli Parlimen melompat parti.

“Hari ini keadaannya seperti ‘senjata makan tuan’, mungkin sebelum ini mereka ada hasrat dan tindakan nak tarik sokongan tetapi kejadian sebaliknya berlaku kepada mereka.

“Muhyiddin perlu salahkan diri sendiri, tetapi keputusan speaker adalah muktamad dan saya lihat akan ada usaha untuk memburukkan dan menyerang speaker. Speaker neutral bukan (memihak) parti mana-mana,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata Bersatu akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan speaker tidak mengosongkan kerusi terbabit, menyifatkan tindakan Johari yang mencemar peruntukan antilompat parti bersifat dangkal, songsang, serta harus dicela.

Menerusi surat pemberitahuan, Johari memaklumkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Penyandang kerusi terbabit adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, bagaimanapun mengkritik keputusan itu dan mendakwa ia berlawanan aspirasi rakyat untuk menghentikan amalan lompat parti, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘tebuk atap’ melalui akta antilompat parti yang diluluskan Parlimen sebelum ini.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo