NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zulkafperi puji keputusan speaker Johari

Dr Zulkafperi Hanapi berkata Perlembagaan Persekutuan mengatasi segalanya manakala Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyambut baik keputusan speaker.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanapi menyifatkan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang tidak mengosongkan kerusinya termasuk lima bekas wakil rakyat Bersatu sebagai ‘bijaksana atas kepentingan rakyat’.

Katanya, keputusan Johari juga berpandukan Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan keluhurannya terjamin.

“Speaker juga telah meneliti dan mengambil kira arahan bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dan menafikan hak ahli Dewan Rakyat yang mana ia terjamin bawah Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Ketiga-tiga perundangan tersebut telah menjamin keistimewaan, kebebasan bercakap, berbahas dan mengundi kepada ahli Dewan Rakyat,” katanya kepada FMT, mengulas keputusan Johari tidak mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu berpaling tadah.

Menerusi surat pemberitahuan, Johari memaklumkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Susulan itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Johari.

Dalam pada itu, Zulkafperi berkata Perlembagaan Persekutuan mengatasi segalanya dan tidak boleh terikat kepada Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu yang cuba mengehadkan kebebasan ahli Dewan Rakyat untuk bertindak bebas di Dewan.

Selain Zulkafperi, penyandang kerusi itu adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Sementara itu, Syed Hussin menyambut baik keputusan Johari yang mengekalkan kerusinya.

“Saya menyambut baiklah, dah speaker buat keputusan saya terimalah,” katanya.

Ketika diminta mengulas keputusan Bersatu yang akan mengambil tindakan undang-undang, Syed Hussin berkata akan menjawab pada sidang media dalam masa terdekat.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo