NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan kontena Israel ada di Iskandar Puteri, MOT diarah bantu siasatan




Dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di 15rael, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri menjadi tumpuan dan Kementerian Pengangkutan (MOT) diarah membantu siasatan terhadap perkara itu.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu terbabit cukup dekat dengan rakyat Malaysia kerana negara mempunyai pendirian tegas iaitu tiada sebarang hubungan dengan 15rael.

 

"Malaysia tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perdagangan langsung dengan |5rael.

 

"Saya harap MOT dapat melakukan pemantauan terhadap perkara ini supaya tidak berlaku lagi termasuk kapal |$real berlabuh dimana-mana pelabuhan," katanya.

 

Sabtu lalu, ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandah Ahmad dilaporkan berkata, beliau terkejut apabila menerima aduan penduduk prihatin bahawa pelabuhan berkenaan masih menerima masuk kontena yang dibawa dari 15rael.

 

Sumber : Sinar Harian


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo