NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syahredzan mahu abdeentube diharamkan masuk Malaysia



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa agar pelancong yang dirakam dalam rakaman video membaca ayat al-Quran di kompleks kuil hindu di Batu Caves tidak dibenarkan lagi memasuki Malaysia.

Beliau berkata, tindakan itu boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

“Saya setuju dengan pandangan Menteri Agama dalam hal ini. Orang luar jangan buat tindakan yang ganggu-gugat keharmonian kaum dalam negara yang kami cintai ini.

“Saya gesa supaya pihak imigresen senarai hitam pelancong ini daripada masuk Malaysia,” katanya di aplikasi X. 

Syahredzan yang juga Ahli DAP merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang mengecam tindakan seorang pelancong asing yang dirakam dalam sebuah video membaca ayat al-Quran di kompleks kuil Hindu Batu Caves.

Mohd Na’im yang juga Senator Dewan Negara menganggap tindakan pelancong itu sebagai tidak wajar dan tidak memahami masyarakat berbilang budaya di Malaysia atau menghormati tapak keagamaan.

Sebelum ini, tular sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun pelancong itu, @abdeentube menyaksikan beliau membaca ayat al-Quran (Surah Al-Anbiya’ ayat 66 & 67) di tempat ibadat bukan Islam itu.

Ia telah mencetuskan perdebatan, mempersoalkan niat lelaki itu membaca ayat suci Islam di hadapan Patung Dewa Murugan di Batu Caves.

Surah Al-Anbiya’ ayat 66 menyatakan: “Nabi Ibrahim berkata: Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?” – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo