NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banyak masa habis akibat kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi

Pengguna jalan raya terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas pada hujung minggu berikutan orang ramai memasuki ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tol Sungai Besi. Foto MOHD ADZLAN, 25 MEI 2024.




KUALA LUMPUR – Hampir keseluruhan pengguna di Lembah Klang terpaksa menghabiskan masa yang banyak dalam kenderaan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Rata-rata pengguna jalan raya yang ditemui MalaysiaGazette berkata hampir setiap hari mereka perlu menempuh lebih satu jam dalam kenderaan, seperti yang berlaku dari Plaza Tol Sungai Besi untuk ke ibu negara.

Senario yang berlaku pada waktu puncak menyebabkan pengguna jalan raya semakin tepu kerana banyak masa dibazirkan dalam kenderaan masing-masing.

Siti Ainil Adibah Mad Daud, 29, berkata, setiap kali ingin ke Kuala Lumpur, dia perlu menempuh kesesakkan lalu lintas hampir satu jam untuk melalui Plaza Tol Sungai Besi. 

“Kadang-kadang saya tertekan juga kalau nak cepat dan tiba-tiba jalan jem teruk dekat sini. Kalau tidak terkejar itu okay lagi. 

“Saya akan ikut pandu arah Waze tunjuk setengah jam sahaja kalau nak ke KL tapi bila sampai di sini pernah terjadi dekat saya sampai dua jam.

“Bagi saya, harap kerajaan boleh laksanakan tol percuma atau tol tanpa palang seperti negara luar buat agar tiada kesesakkan lalu lintas di sini,” katanya.

Mohd Azim tajul ariffin, 30, turut berkongsi pandangan sama kerana dia dan isteri akan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka setiap dua minggu sekali.

Katanya, situasi ‘tepu’ dalam kenderaan ketika kesesakkan di Plaza Tol Sungai Besi sering kali dialami kerana dia perlu berada dalam kenderaan lebih dari setengah jam.

“Kebiasaan saya guna lebuh raya ini pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Kalau sesak trafik pernah sampai setengah jam atau satu jam.

“Biasa dekat sini akan sesak teruk pada waktu kemuncak jam 6 pagi hingga 8 pagi, kalau masa lain hanya 10 atau 15 minit sahaja keluar dari tol ini. 

“Harapan saya, kerajaan lihat balik stuktur jalan raya sini bagaimana untuk tangani kesesakkan dan kalau nak besarkan jalan itu mungkin tiada lagi ruang rasanya,” jelasnya.

Sementara itu, Putera Zulkarnain Azmi, 28, pula berkata, faktor kesesakkan di Plaza Tol Sungai Besi adalah disebabkan pertambahan kenderaan. 

Katanya, ramai pengguna gemar menggunakan kenderaan sendiri untuk ke destinasi mereka berbanding pengangkutan awam. 

“Kalau kita lihat memang ada banyak tol keluar tapi laluan ke ibu negara cuma ada tiga lorong sahaja dan kenderaan pula semakin bertambah setiap hari di atas jalan. 

“Saya kalau lalu sini memang akan terkandas hampir sejam sampai rasa mengantuk pun pernah. Tengok situasi semasa pun ramai orang suka naik kenderaan sendiri. 

“Walaupun kerajaan sudah sediakan pengangkutan awam tapi masih kurang lagi. Bagi saya untuk kurangkan sesak dekat tol ini, kerajaan mansuhkan sistem palang. 

“Atau mungkin selaraskan sistem pembayaran kalau nak Touch N Go, buat semua sama, kalau nk Smart Tag pun begitu. Mudah saya rasa,” katanya. 

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Plaza Tol Sungai Besi hari ini bagi kedua-dua arah amat sesak namun masih dalam keadaan terkawal. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo