NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK KKB: 97% pengundi awal laksana tanggungjawab

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak, berkata dua pusat mengundi awal PRK Kuala Kubu Baharu dibuka di Kem Erskine dan Dewan Serbaguna Maktab Polis. (Gambar Bernama)


HULU SELANGOR: Sebanyak 97% atau 769 anggota polis, tentera, dan pasangan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRK Kuala Kubu Baharu (KKB).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak, berkata agensi itu merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai pengurus pilihan raya dan pasukannya kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak polis, tentera, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan, pengamal media, dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” menurutnya dalam kenyataan.

Proses pengundian awal berlangsung di dua pusat mengundi iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine dan Dewan Serbaguna Maktab Polis, yang mempunyai tiga tempat mengundi atau saluran.

Kedua-dua pusat mula dibuka pada 8 pagi dan ditutup 5 petang.

PRK itu, yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia), dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

SPR menetapkan Sabtu ini hari pengundian bagi PRK KKB.



Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo