NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit jatuh, jangan hanya salahkan BNM, kata Wee

Wee Ka Siong berkata DAP ketika di blok pembangkang sering menuding jari kepada kerajaan setiap kali nilai ringgit jatuh.


PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong menegaskan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak harus dipersalahkan sebagai satu-satunya punca kemerosotan nilai ringgit di negara ini.

“Apa logik ini? Hanya gabenor Bank Negara sahaja yang perlu bertanggungjawab atas kejatuhan nilai ringgit, bukannya menteri atau pun timbalan menteri kewangan? katanya di Facebook, sambil mempersoalkan pendirian DAP yang tidak konsisten mengenai isu berkaitan ketika di blok pembangkang dan kerajaan.

Katanya, parti itu yang sering “menuding jari” terhadap kerajaan ketika menjadi pembangkang namun kini meminta penjelasan dibuat daripada gabenor bank pusat itu.

“Kini, mereka (DAP) sudah menjadi kerajaan dan tidak boleh lagi menuding jari kepada Barisan Nasional (BN). Maka itu Bank Negara pula yang dipersalahkan.

“Kelakar sungguh gelagat mereka,” katanya.

Ahad lalu, China Press melaporkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa BNM untuk memberi penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung punca kejatuhan nilai ringgit supaya keadaan semasa dapat diketahui secara menyeluruh.

Katanya, mata wang tempatan jatuh kepada paras 4.77 berbanding dolar Amerika Syarikat sememangnya berpunca daripada tercetusnya serangan Israel terhadap Iran yang menjejaskan ekonomi dunia.

Sebagai rekod, Lim yang juga bekas menteri kewangan pada 2022 mempersoalkan sikap kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang berdiam diri dalam soal kerugian berbilion ringgit akibat penyusutan nilai mata wang negara.

Beliau ketika itu menggesa kerajaan segera melaksanakan reformasi struktur ekonomi untuk mengawal penurunan nilai mata wang ringgit atau terpaksa berdepan kesan buruk inflasi.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo