NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prosiding Najib berkait ‘perintah tambahan’ Agong diadakan secara tertutup

Bekas perdana menteri Najib Razak kini menjalani hukuman di Penjara Kajang dan dijadual dibebaskan pada 23 Ogos 2028. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Orang awam tidak dibenarkan mendengar prosiding permohonan Najib Razak di Mahkamah Tinggi untuk memaksa kerajaan mendedahkan “perintah tambahan” yang didakwa daripada Yang di-Pertuan Agong terdahulu yang membenarkan beliau untuk menjalani hukuman di bawah tahanan rumah.

Peguam Shafee Abdullah membuat permohonan itu di hadapan Hakim Amarjeet Singh pada permulaan permohonan Najib untuk membuat cabaran undang-undang.

“Melihat kepada sebahagian kandungan yang didedahkan dalam afidavit sebelum ini, ianya kelihatan sensitif,” katanya.

Shafee menambah Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili Pejabat Peguam Negara, tidak membantah kes itu didengar di kamar.

Amarjeet kemudiannya meminta semua orang di galeri awam termasuk wartawan perlu keluar dari mahkamah.

Dalam permohonannya yang difailkan pada 1 April, Najib mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengeluarkan “perintah tambahan” semasa mesyuarat lembaga pada 29 Jan, sehari sebelum tempoh penggal baginda berakhir.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh Agong dan terdiri daripada lima ahli – peguam negara, menteri wilayah persekutuan, dan maksimum tiga orang lain yang dilantik oleh Agong

“Bagaimanapun, Titah Adendum (perintah tambahan) itu tidak diumumkan oleh lembaga pengampunan pada 2 Feb,” kata Najib.

Katanya, peguam beliau menulis surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, dan Menteri Undang-Undang Azalina Othman Said bagi mengesahkan sama ada perintah tambahan itu wujud atau tidak.

“Permintaan itu tidak dijawab,” kata Najib

“Kegagalan responden untuk mengesahkan kewujudan perintah tambahan dan permintaan pemohon (Najib) untuk ia dilaksanakan, bersama kegagalan Jabatan Penjara melaksanakan perintah itu adalah tidak munasabah”.

Najib juga mendakwa bahawa kerajaan melakukan penghinaan kerana tidak melaksanakan perintah tambahan tersebut.

Bekas presiden Umno itu juga mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memaksa kerajaan melaksanakan perintah tambahan tersebut – sekiranya ia benar – dan meletakkan beliau di bawah tahanan rumah.

Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan separuh hukuman penjara Najib bagi kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun dan mengurangkan denda dari RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib, 70, kini menjalani hukuman di penjara Kajang dan dijadualkan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo