NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCCBCHST jangan campur urusan hal ehwal Islam




KUALA LUMPUR:
 Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Malaysia menggesa Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) agar tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara itu khususnya pindaan terhadap kadar hukuman di Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

“Hujahan MCCBCHST bahawa pindaan kepada kadar hukuman di bawah Akta 355 akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah satu kejahilan dan salah tanggap undang-undang yang amat salah dan perlu diperbetulkan.

“Pindaan kepada had hukuman di bawah Akta 355 langsung tidak menyentuh soal pertembungan bidang kuasa antara Persekutuan dan negeri, malah ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan memandangkan kesalahan-kesalahan jenayah syariah lain.

“Selain daripada yang menjadi ‘subject matter’ di dalam kes Nik Elin masih wujud dan terus berkuatkuasa seperti kesalahan berkhalwat, tidak berpuasa dan meminum arak,” katanya dalam suatu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kesalahan itu hanya melibatkan orang Islam sahaja dan tidak membabitkan orang bukan Islam.

“Pihak Dewan Undangan Negeri, setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu berhak menentukan kadar hukuman yang bersesuaian bagi kesalahan-kesalahan sebegini yang difikirkan wajar untuk memelihara akidah dan iman umat Islam.

“Kadar hukuman yang sedia ada adalah rendah kerana ia dihadkan oleh akta ini. Oleh itu, ia perlu dikaji semula. Maka atas alasan yang dinyatakan di atas, had hukuman dalam Akta 355 perlu dipertingkatkan,” ujarnya.

Justeru, pindaan kepada Akta 355 langsung tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan mahupun dengan dapatan keputusan di dalam kes Nik Elin seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Oleh yang demikian saya ingin memberi peringatan keras kepada MCCBCHST agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan khususnya dalam isu-isu berkaitan urusan agama Islam, yang secara umum dipersetujui bahawa ia di bawah bimbingan dan payung Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/4/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo