NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis air di Pulau Pinang sudah berlanjutan lebih 5 tahun

"Nak tanya ... macam mana yer nak minta PBAPP hantar air esok untuk mandi mayat ?"

"Katanya esok sampai pukul 2 tak ada air"

salah seorang waris keluarga simati yang baru kehilangan ahli keluarga bertanya .

Kejadian ini berlaku di Taman Seruling Emas , dalam Mukim 5 , Sungai Bakap , SPS (Sebarang Perai Selatan), Pulau Pinang. 

Reaksi keluar simati ini terbit setelah pengumuman PBAPP semalam bahawa terdapat banyak kawasan di SPS sekitar Batu Kawan , Bandar Cassia dan seluruh BKIP (Batu Kawan Industrial Park) akan mengalami gangguan air daripada 8 malam tadi sehingga 2 petang esoknya. 

Namun, hakikatnya di kawasan Mukim 5 , Taman Seruling Emas , tiada bekalan air berlaku setiap hari daripada jam 6.30 petang sehingga 11.30 malam. Berterusan 5 tahun masalah seperti ini tak selesai. 

Jadi siapa kata Penang tak ada masalah air ?

Apabila terdapat pengumuman terkini gangguan air tambahan maka keluarga simati amat bimbang. Bagaimana kalau esok pagi iaitu pada hari ini gangguan itu berterusan sedangkan sebelah malam memang air tak ada bagi mukim 5. 

Mereka hanya berbekalkan tong statik tepi rumah. Yang kadang diragui kebersihan air yang diisi ke dalamnya. 

Mengurus jenazah bukan isu kecil dalam amalan agama dan hal sosio-budaya masyarakat Islam. Isu tatakelola yang gagal menjangkaui 5 tahun. 

Tak selesai masalah air bagi kawasan Taman Widuri, Taman Seruling Emas , Taman Sungai Duri Indah dan sekitarnya dalam mukim 5 , Sungai Bakap. 

Insiden keresahan penduduk untuk urus jenazah ini adalah isu real dilapangan. Apakah pihak kerajaan negeri yang dikatakan maju gagal selesai isu ni ?

Jawapannya adalah Ya. Dan sehingga kini tak selesai. Baru saja habis Piliharaya Raya Negeri. Perubahan telah dibuat oleh penduduk di sini. 

Maka, penduduk akan mula melihat bagaimana Adun baru berusaha untuk mendedak kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah ini segera. 

Rakyat mukim 5, berhak tahu mengapa agensi negeri iaitu syarikat operator air Pulau Pinang , PBAPP gagal selesaikan. 

Apakah Pengerusi GLC PBAPP dan ahli lembaga pengarah gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik ? 

Kalau gagal, berapa elaun mereka dapat sedangkan masyarakat mukim 5 , terseksa lebih 5 tahun. 

Ataupun, Kerajaan Negeri gagal merancang pembangunan dengan baik sehingga keperluan domestik penduduk marhein tidak diutamakan berbanding kawasan elit dan kawasan industri. 

Semua ini menjadi tanda tanya penting. 

Bersabarlah pihak keluarga jenazah, semoga pegawai PBAPP di lapangan tahu masalah ni dan segera hulur bantuan untuk keluarga ini. 

Zikrullah Ismail 
Prihatin Masalah Air Penang
Cyberjaya , 16 Ogos 2023

p/s : Negeri maju pun ada masalah air ?!! Sebenarnya, ada cuma ketaksuban berpolitik sahaja menghalang seorang itu untuk buka mata secara adil terhadap penduduk mukim 5 , Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.

#PenangWaterCrisis
#KrisisAirMukim5SPS
#Mukim5Menangis

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo