NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mana Presiden UMNO, ketika Ketua Pemuda UMNO ditangkap?




KUALA LUMPUR
: Pemuda PAS bersolidariti bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, beliau menuntut tindakan yang sama adil terhadap semua pihak yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) dan menggugat keharmonian negara.

“Kecewa dengan penahanan sahabat saya Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh di bawah Akta Hasutan, hanya kerana kelantangan beliau dalam isu stoking tertera kalimah Allah.

“Anehnya, kenapa individu lain dari parti blok kerajaan yang sebelum ini menghina Islam, tidak disiasat dan ditahan bawah akta yang sama?

“Mana suara Presiden Umno?” katanya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar menerusi kenyataan, hari ini.

Pagi tadi, Akmal Saleh yang juga Ketua Umno Bahagian Jasin telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah.

Menurutnya, beliau dijadualkan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD) esok dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Dalam kenyataan ringkas di media sosial, beliau menegaskan tidak akan berganjak terhadap ‘pendirian’ yang telah dibuat.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya.

Beliau turut menjadi sasaran banyak pihak terhadap seruan memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang terpalit kontroversi penjualan stoking ada kalimah Allah.

Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung ucapan dan tindakan Akmal Saleh berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah lagi pada masa akan datang.

“Ia memandangkan mereka yang terlibat telah dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Akmal dilaporkan lantang bersuara mengenai kontroversi stoking dengan kalimah Allah yang didapati dijual di kedai serbaneka KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).

Beliau turut menggerakkan boikot terhadap KK Super Mart sekiranya tidak memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas insiden itu.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu pada 16 Mac lalu setelah isu ini mendapat perhatian semua pihak. – HARAKAHDAILY 5/4/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo