NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya yang jumpa, minta Firdaus Wong hebahkan stoking kalimah Allah di KK Mart



  • Seorang lelaki memaklumkan beliau individu yang menemui stoking kalimah Allah di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart sebelum memaklumkan dan meminta perkara itu dihebahkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hingga menarik perhatian ramai di media sosial.
  • Riza Aryandi Nasution Sharif berkata beliau menyedari mengenai stoking kalimah Allah itu sekitar jam 6 pagi pada 13 Mac lalu ketika sedang menghantar roti di kedai serbaneka terbabit selepas dimaklumkan mengenainya oleh pekerja warga Bangladesh di KK Mart sendiri.
  • “Pagi semalam (13 Mac lalu), semasa saya sedang menghantar roti xxxxxx, pekerja KK Bandar Sunway telah bagitahu saya tentang stoking itu.
  • “Jadi saya tengok amat tidak senonoh, tidak sesuai untuk dijual dengan perkataan Allah tertulis dekat stoking ini, jadi saya buat laporan.
  • “Saya buat laporan dekat KDN (Kementerian Dalam Negeri), lepas tu saya pun bagi tahu dengan En Firdaus tentang perkara ini minta tolong dia sebarkan berkenaan stoking ini dan apabila tadi (14 Mac 2024) saya datang, stoking itu dah tak ada, dia orang dah simpan stock itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, baru-baru ini.
  • Riza berkata beliau tidak mengenali Firdaus Wong secara peribadi, namun beranggapan jika pendakwah bebas itu yang menguar-uarkan penjualan stoking kalimah Allah itu maka ia akan lebih berkesan berbanding beliau sendiri.

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki memaklumkan beliau individu yang menemui stoking kalimah Allah di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart sebelum memaklumkan dan meminta perkara itu dihebahkan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hingga menarik perhatian ramai di media sosial.

Riza Aryandi Nasution Sharif berkata beliau menyedari mengenai stoking kalimah Allah itu sekitar jam 6 pagi pada 13 Mac lalu ketika sedang menghantar roti di kedai serbaneka terbabit.

Riza berkata penjualan stoking kalimah Allah itu awalnya disedari salah seorang pekerja warga Bangladesh di kedai serbaneka itu yang memaklumkan kepada beliau ekoran kecewa dengan situasi berkenaan.

Katanya, beliau sendiri ketika melihat stoking itu berasa panas hati kerana ia membabitkan isu 3R (agama, raja dan kaum) di mana tidak sepatutnya stoking tertera kalimah Allah berada dalam pasaran negara.

“Pagi semalam (13 Mac lalu), semasa saya sedang menghantar roti xxxxxx, pekerja KK Bandar Sunway telah bagitahu saya tentang stoking itu.

“Jadi saya tengok amat tidak senonoh, tidak sesuai untuk dijual dengan perkataan Allah tertulis dekat stoking ini, jadi saya buat laporan.

“Saya buat laporan dekat KDN (Kementerian Dalam Negeri), lepas tu saya pun bagi tahu dengan En Firdaus tentang perkara ini minta tolong dia sebarkan berkenaan stoking ini dan apabila tadi (14 Mac 2024) saya datang, stoking itu dah tak ada, dia orang dah simpan stock itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, baru-baru ini.

Riza berkata beliau tidak mengenali Firdaus Wong secara peribadi, namun beranggapan jika pendakwah bebas itu yang menguar-uarkan penjualan stoking kalimah Allah itu maka ia akan lebih berkesan berbanding beliau sendiri.

“Kalau saya sendiri yang hebohkan mungkin tak berkesan, pasal saya ini orang biasa-biasa sahaja.

“Hanya dengan pertolongan dia (Firdaus Wong) perkara ini cepat selesai. Kalau nak harapkan saya memang tak dapatlah,” kata Riza.

Mengulas berkenaan maklum balas KDN susulan laporannya itu, Riza berkata beliau dimaklumkan telah salah kementerian ketika melaporkan insiden berkenaan pada hari kejadian.

Beliau melaporkan penemuan stoking kalimah Allah itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), bukan KDN.

“Rupanya saya silap, rupanya dia cakap yang saya laporkan itu dekat KPDNHEP. Dia suruh saya buat laporan balik dalam Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Terdahulu, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) pada 14 Mac lalu, dilaporkan memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

KK Super Mart berkata produk itu merupakan ‘consignment’ daripada vendor dan pihaknya sudah berhubung dengan vendor tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Insiden kontroversi itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam hinggakan terdapat gesaan supaya kedai serbaneka terbabit diboikot dan ia semakin hangat apabila ada individu membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah, termasuk seorang lelaki menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dengan isu berkenaan. — The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo