NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Adun DAP labelkan Firdaus Wong ‘Sampah Masyarakat’ kerana tularkan penjualan stoking Allah, KK Mart seolah-olah mangsa keadaan?



  • Tindakan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menghebahkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di media sosial beliau, dipersoalkan bekas ADUN Tanah Rata dari DAP.
  • Chiong Yoke Kong berkata Firdaus Wong sepatutnya melaporkan isu berkenaan kepada pihak polis dan membiarkan penguatkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan lanjut sewajarnya, bukan menularkan isu tersebut di media sosial.
  • “Biarkan pihak polis jalankan siasatan dan ambil tindakan yang seterusnya, yang sewajarnya tetapi apa beliau buat? 
  • “Beliau viralkan isu ini di sosial media, api-apikan keadaan, mencetuskan kemarahan rakan-rakan Muslim kalau ini bukan hasut apa lagi?” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook hari ini.
  • Beliau berkata demikian mengulas jemputan Firdaus Wong terhadapnya pada 23 Mac lalu yang mengajak Yoke Kong untuk ke podcast beliau bagi berdiskusi tentang tajuk, ‘Siapa Sampah Masyarakat’.
  • Jemputan itu dibuat susulan Yoke Kong didakwa menulis komen yang melabel pendakwah bebas terbabit sebagai ‘kaki hasut dan sampah masyarakat’ di perkongsian video kuliah khas yang dimuat naik Firdaus Wong di Facebooknya.

KUALA LUMPUR — Tindakan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menghebahkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di media sosial beliau, dipersoalkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata dari DAP.

Chiong Yoke Kong yang juga bekas ketua editor Roket berkata, Firdaus Wong sepatutnya melaporkan isu berkenaan kepada pihak polis dan membiarkan penguatkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan lanjut sewajarnya, bukan menularkan isu tersebut di media sosial.

“Pada saya perbuatan Firdaus Wong dalam isu KK Mart ini adalah amat jelas. Pada saya perkara ini seharusnya boleh diselesaikan dengan lebih baik apabila beliau pergi ke KK Mart jumpa stoking yang ada problem beliau seharusnya lapor kepada polis. 

“Biarkan pihak polis jalankan siasatan dan ambil tindakan yang seterusnya, yang sewajarnya tetapi apa beliau buat? 

“Beliau viralkan isu ini di sosial media, api-apikan keadaan, mencetuskan kemarahan rakan-rakan Muslim kalau ini bukan hasut apa lagi?” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jemputan Firdaus Wong terhadapnya pada 23 Mac lalu yang mengajak Yoke Kong untuk ke podcast beliau bagi berdiskusi tentang tajuk, ‘Siapa Sampah Masyarakat’.





Jemputan itu dibuat susulan Yoke Kong didakwa menulis komen yang melabel pendakwah bebas terbabit sebagai ‘kaki hasut dan sampah masyarakat’ di perkongsian video kuliah khas yang dimuat naik Firdaus Wong di Facebooknya.

“Oleh itu katanya (Firdaus Wong) nak bicara nak bahas tak payahlah. Siapa yang makan cili, siapa yang rasa pedas. 

“Pepatah orang Cina kata iaitu perbuatan kita, perbuatan seseorang akan dinilai secara adil oleh masyarakat,” kata Yoke Kong.

Beliau berkata pendiriannya adalah jelas dan tegas iaitu negara ini mendaulatkan undang-undang di mana individu, entiti dan pihak persendirian atau awam, termasuk kerajaan sendiri bertanggungjawab pada undang-undang diwartakan dan dibicarakan secara adil dan aman. 

Katanya, semua pihak harus berusaha mengekalkan suasana kedamaian rakyat dan jangan sesekali menimbulkan pelbagai persepsi dan provokasi di media sosial sehingga mengakibatkan keadaan sosial, ekonomi dan politik tidak stabil. 

Terbaharu, The Merdeka Times melaporkan seorang lelaki memaklumkan beliau individu yang menemui stoking kalimah Allah di sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart sebelum memaklumkan dan meminta perkara itu dihebahkan Firdaus Wong hingga menarik perhatian ramai di media sosial.




Riza Aryandi Nasution Sharif berkata beliau menyedari mengenai stoking kalimah Allah itu sekitar jam 6 pagi pada 13 Mac lalu ketika sedang menghantar roti di kedai serbaneka terbabit selepas dimaklumkan mengenainya oleh pekerja warga Bangladesh di KK Mart sendiri.

Katanya, beliau tidak mengenali Firdaus Wong secara peribadi, namun beranggapan jika pendakwah bebas itu yang menguar-uarkan penjualan stoking kalimah Allah itu maka ia akan lebih berkesan berbanding beliau sendiri. 

Terdahulu, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) pada 14 Mac lalu, dilaporkan memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.— The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo