NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada royalti minyak Terengganu: Sumbangan i-Perantau terpaksa ditangguhkan

Ahmad Samsuri (kiri) dan Nuri Al Amin dalam sidang media Serahan Memorandum Kembalikan Royalti Terengganu di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada hari ini, 25 Mac 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)




KUALA LUMPUR: Sumbangan i-Perantau oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada anak negeri Terengganu B40 yang merantau di negeri-negeri lain terpaksa ditangguhkan.

Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Madya Dr. Nuri Al Amin Endut berkata, ia berikutan kerajaan Persekutuan tidak membayar wang royalti petroleum negeri Terengganu sebanyak lima peratus.

“Walaupun dulu PMX (Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim) janji nak bagi 20 peratus. Kita tidak mahu 20 peratus itu, kita mahu yang  lima peratus dalam perjanjian yang ada itu pun cukuplah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Serahan Memorandum Kembalikan Royalti Terengganu yang diserahkan oleh Nuri Al Amin kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli; Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh; dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.

Menurut Nuri Al Amin lagi, pihaknya mempunyai banyak cawangan-cawangan di Lembah Klang, di Johor, di Perak dan di negeri-negeri lain.

“Jadi pada hari ini, kami datang membawa suara rakyat Terengganu untuk menyerahkan memorandum ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Menteri Besar Terengganu, Dr Sam (Ahmad Samsuri Mokhtar) menyampaikan hasrat rakyat Terengganu untuk kita dikembalikan hak-hak kita.

“Itu harapan kami dan saya berbesar hati kerana Dato’ Seri (Ahmad Samsuri Mokhtar) sudi keluar sekejap bersama-sama menyambut kami dan menerima memorandum daripada PERANTAU ini,” katanya.  – HARAKAHDAILY 25/3/2024


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo