NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PADU gagal kerana imej Rafizi ‘buruk’, kata Puad



KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kegagalan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah cerminan kepada kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Pemimpin UMNO itu berkata berkata, PADU gagal kerana sistem kerja gagal dan komunikasi yang gagal.

“Dulu Rafizi suka menghasut, BN itu barang naik. Najib itu 1MDB, 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia.

“Rafizi dikaitkan dengan ‘Raja formula’ gagal. Formula dia semua tidak menjadi. PADU itu Rafizi, Rafizi itu PADU. PADU dilihat gagal.

“Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu PADU kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang Menteri Sarawak.

“PADU gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah ‘delivery system’ kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir?,” katanya menersui hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Rafizi memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran PADU minggu depan.

Ia susulan kebimbangan dibangkitkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo