NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman fitnah, Setiausaha Akhbar PMX diarah bayar RM80,000: Laporan

Bekas staf penyelidik Anwar, Yusoff Rawther membuat tuntutan saman terhadap Setiausaha Akhbar PMX, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.


Setiausaha Akhbar (SUA) Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah diperintah membayar ganti rugi kerana memfitnah bekas pembantu penyelidikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther, empat tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Tunku Nashrul berhubung keputusan Mahkamah Sesyen tahun lalu yang memerintahkan membayar ganti rugi kepada Muhammed Yusoff sebanyak RM200,000 tetapi dikurangkan kepada RM80,000.

Hakim Khadijah Idris semasa membaca keputusan tersebut turut mengenakan bayaran RM6,000 terhadap Tunku Nashrul sebagai kos kepada Muhammed Yusoff.

Menurut laporan Sinar Harian semasa menghubungi peguam plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, mahkamah memutuskan demikian melalui e-mel selepas mendengar hujahan pada 21 Februari lalu.

“Tunku Nashrul dikehendaki menarik balik kenyataan media yang memfitnah anak guam saya pada 10 Jun 2019.

“Mahkamah juga mengekalkan perintah supaya Tunku Nashrul memohon maaf atas syarat yang boleh diterima oleh Muhammed Yusoff,” katanya dipetik laporan portal itu.

Selain Mohamed Haniff, Muhammed Yusoff turut diwakili peguam Nurul Huda Razali sementara Tunku Nashrul diwakili peguam, Azwar Manab.

Pada 19 Oktober 2022, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Tunku Nashrul membayar ganti rugi RM200,000 kepada Muhammed Yusoff berhubung suatu kenyataan fitnah, empat tahun lalu.

Faedah sebanyak lima peratus setahun ke atas jumlah itu akan dikenakan bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Selain itu katanya, defendan diperintahkan untuk menarik balik kenyataan media yang dibuat pada 10 Jun 2019, dalam tempoh 45 hari.

Pada 12 September 2019, Muhammed Yusoff memfailkan saman fitnah terhadap Tunku Nashrul berhubung kenyataan media yang dikeluarkan selaku Setiausaha Akhbar di pejabat Anwar pada 10 Jun tahun sama.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Nashrul menunjukkan bahawa plaintif merupakan penyelidik sukarela dan mempunyai masalah disiplin dan dadah.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo