NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nak bantu orang Melayu, bagi setengah kekayaan kamu kepada orang Melayu esok, gesa PMX kepada Dr Mahathir dan Daim



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin supaya berkongsi kekayaan mereka dengan orang Melayu selepas mengutip harta semasa berkuasa sebelum ini.

Perdana Menteri (PMX) membidas dua negarawan tersebut dengan mendakwa sekali lagi menggunakan kuasa mereka untuk mengkayakan sana saudara dan apabila hilang kuasa baharu mereka bersuara mahu membantu dan menyelamatkan orang Melayu yang dilupakan sebelum ini.

“Disebabkan itu saya kata jangan guna kuasa untuk memperkayakan sanak saudara, kemudian apabila sanak saudara kaya dan mereka hilang kuasa, bercakap mengenai hidup Melayu dan hendak selamatkan Melayu.

“Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak cakap pada pembesar, Tun dan Tan Sri yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu, yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, bagi setengah kepada orang Melayu esok.

“Saya harap perkara ini sampai. Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) ke, Tun Daim (Tun Daim Zainuddin) ke, saya tak peduli. Berapa kekayaan, RM10 bilion, RM15 bilion? Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau beri pada orang Melayu,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menjelaskan, beliau dan Kerajaan Perpaduan terbuka dalam menerima kritikan dan teguran daripada semua pihak.

Bagaimanapun, tegasnya kritikan dan teguran itu harus berlandaskan fakta serta kebenaran bagi mengelak rakyat percaya kepada perkara tidak benar sehingga menggugat kestabilan negara.

“Kalau kamu seorang pendakwah, menyampaikan tazkirah dan bicara soal tegakkan Islam, kamu tidak boleh putar belitkan kenyataan dan tunggang agama untuk kepentingan diri dan politik.

“Jadi tegurlah, kritiklah. Saya boleh terima semuanya, cuma jangan fitnah dan jangan caci maki hamun kerana itu bukan lunas politik yang diamalkan di negara ini,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo