NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kehadiran cecah lebih 50,000 pengunjung, Rumah Terbuka PAS guna duit sendiri rekod kehadiran luar biasa

Rumah Terbuka PAS Pusat yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah.


Rumah Terbuka PAS Pusat yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah mencatat kehadiran luar biasa, hampir dua kali ganda sasaran awal 30,000 orang.

Rumah terbuka yang dianjurkan PAS hasil sumbangan dan derma daripada orang ramai itu mendapat sambutan menggalakkan walaupun tanpa kehadiran artis jemputan dan cabutan bertuah motor seperti dianjurkan kerajaan campuran baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kehadiran mencecah lebih daripada 50,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kata beliau, majlis Rumah Terbuka PAS Pusat itu merupakan acara tahunan yang diadakan di negeri-negeri mengikut giliran.

“Tahun ini di Kedah, tahun lepas di Perak. Kita buat sekali dan satu tempat sahaja setiap tahun. Tak mahu susahkan orang,” ujarnya menurut laporan Harakah Daily.

Sementara itu, kata Takiyudin, semua perbelanjaan rumah terbuka itu menggunakan duit parti dan bukannya sumber daripada kerajaan.

“Kita jayakan dengan sumbangan kewangan daripada ahli PAS, kawasan dan lain-lain.

“Walaupun kita laksanakan di negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN), kita tak ambil dari sumber kerajaan atau dana awam. Kita guna duit kita sendiri,” tambahnya.

Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan termasuklah Ketua Pembangkang PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo