NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kempen yang dianjurkan UMNO untuk menyayangi DAP - Zahid



Tiada kempen yang dianjurkan UMNO untuk menyayangi DAP seperti yang tular dalam poster di media sosial, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presidennya itu menafikan wujud program tersebut selepas penyebaran poster bertajuk Kempen UMNO Sayangi DAP, ia walaupun mereka sudah duduk dalam satu kerajaan campuran bersama.

“Siapa yang pandai buat fitnah itu, siapa buat kerja yang tak tentu hala itu sempena dengan bulan Syawal ini, bertaubat. Cepatlah mohon maaf.

“Kerja-kerja fitnah ini hentikanlah sebab sekarang ini orang boleh baca siapa buat fitnah atau cerita fitnah, siapa yang buat cerita yang betul itulah taktik yang diamalkan pembangkang dari dulu sehingga sekarang,” katanya dipetik laporan media.

Zahid terdahulu hadir ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Lenggong.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pimpinan UMNO pusat serta negeri.

Dalam poster yang tersebar itu, dinyatakan kononnya Zahid bakal melancarkan Kempen Sayangi DAP bagi yakinkan akar umbi UMNO bahawa DAP bukanlah seburuk yang digambarkan.

Turut dinyatakan kempen itu juga bertujuan untuk hapuskan doktrin Tun Dr Mahathir Mohamad berdekad lama supaya ahli UMNO membenci DAP selain akan menghapuskan tanggapan bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu.


Sumber I Agenda Daily



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo