NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN kerja keras mahu tawan lebih 30 kerusi DUN Selangor



Perikatan Nasional (PN) Selangor bakal bekerja keras untuk memenangkan lebih 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali melahirkan keyakinan parti gabungan itu bakal merampas pentadbiran Selangor dari tangan PH-BN.

“Kita perlu bekerja keras untuk dapatkan 30 atau lebih kerusi. Itu sasaran kita. Ia boleh dilakukan, ia boleh dicapai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Silaturrahmi Aidilfitri Gombak Setia, hari ini.

Dalam pada itu, Azmin turut mengesahkan parti komponen PN Selangor sudah bersetuju dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRN nanti.

Malah katanya kesemua parti komponen PN sudah membentuk jawatankuasa bagi membincangkan manifesto untuk Selangor.

“Kami sudah hampir memuktamadkan untuk semua negeri dan ia akan diserahkan kepada kepimpinan untuk diputuskan.

“Ini (menang) yang kita mahukan di Selangor dan memberi tumpuan kepada isu ekonomi, belia, alam sekitar, pekerjaan dan menjadikan negeri pusat perdagangan dan pelaburan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo