NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isteri Lionel Messi mungkin jadi penyebab utama beliau berhijrah ke Arab Saudi



Khabar angin perpindahan Lionel Messi semakin panas selepas beliau digantung selama dua minggu dan dedenda oleh kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) selepas bercuti di Arab Saudi bersama keluarganya tanpa kebenara kelabnya.

Laporan media ketika ini menyatakan bahawa Messi tidak akan menyambung kontraknya bermasa PSG pada musim hadapan dan berita itu nyata menjadi berita gembira buat kelab-kelab lain yang ingin dapatkan khidmat pemain berusia 36 tahun itu termasuk gergasi di Saudi Pro League iaitu Al-Hilal.

Malah terdapat laporan yang mengatakan Al-Hilal kini sedang dalam proses rundingan bersama kerajaan Arab Saudi untuk cuba membawa pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu ke negara Timur Tengah itu.

Dengan kerjasama kelab itu dengan kerajaan, Messi dijangka akan menerima tawaran gaji termahal di dunia iaitu £320 juta atau lebih RM1.57 billion semusim, sekaligus hampir dua kali ganda lebih lumayan berbanding pesaingnya Cristiano Ronaldo.

Pelbagai berita dan spekulasi kini berlegar-legar namun isteri bintang bola sepak itu iaitu Anotella Roccuzzo berkemungkinan besar akan memainkan peranan penting dalam pemilihan kelab baru untuk suaminya itu pada musim depan.

Dengan Messi juga dijadikan duta pelancongan untuk Arab Saudi, jadi tidak mustahil yang perpindahannya ke Al-Hilal boleh menjadi kenyataan.

Jika benar Messi akan ke Saudi Pro League, maka peminat bola sepak di seluruh dunia pastinya teruja dan akan memberi tumpuan kepada liga tersebut kerana bakal menyaksikan dua bintang bola sepak terbesar di planet ini kembali berentap kerana Al-Hilal dan Al-Nassr merupakan musuh tradisi di sana.

Kali terakhir kedua-dua bintang ini menjadi musuh di padang adalah pada 2017/18 di mana ketika itu mereka bermain di La Liga yang mana Messi bermain untuk Barcelona, manakala Ronaldo pula bermain untuk Real Madrid.

Mungkin kehadiran Messi ke Saudi Pro League akan memberi motivasi tambahan buat Ronaldo selepas pemain itu gagal mempamerkan prestasi konsisten sejak bersama Al-Nassr.

Jika perpindahan Messi menjadi kenyataan ia juga secara tidak langsung akan menyaksikan peminat bola sepak di rantau Asia berpeluang untuk melihat pasukan mereka yang beraksi di AFC Champions League (ACL) bertemu Al-Hilal.

Bolehkah isteri Messi dapat meyakinkannya untuk memilih Al-Hilal sebagai kelab terbarunya? Kita tunggu perkembangan perpindahan Messi dalam masa terdekat.



Sumber I Harimau Malaya



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo