NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FAM dan MFL perlu sediakan kejohanan yang lebih berkualiti untuk akademi bola sepak di negara



Bola sepak di Malaysia semakin berkembang dengan pesat termasuk dengan kewujudan banyak akademi-akademi bola sepak di seluruh negara.

Disebalik kemeriahan boal sepak di peringkat akar umbi, namun timbul sedikit permasalahan iaitu akademi-akademi bola sepak ini kurang pendedahan dalam kejohanan berkualiti di peringkat antarabangsa.

Ketika ini kebanyakan akademi bola sepak terlibat dalam kejohanan Liga Suparimau anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mana ia merupakan platform yang cukup baik untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Tidak dapat dinafikan banyak akademi bola sepak mendapat manfaat dari penganjuran Liga Suparimau ini, namun sekiranya mereka ingin mendapatkan perlawanan yang lebih kompetitif atau perlawanan antarabangsa mereka tidak mempunyai peluang dan ruang.

Bagaimanapun akademi bola sepak seperti Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang bernaung dibawah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menjadi keutamaan untuk diberi pendedahan perlawanan antarabangsa.

Oleh sebab itu, akademi-akademi bola sepak lain dalam negara terutamanya akademi swasta sukar untuk menyertai kejohanan antarabangsa.

Menyedari isu itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Alistair Edwards telah menyatakan bahawa pihak mereka ingin anjurkan kejohanan antarabangsa untuk tingkatkan pembangunan pemain-pemain remaja mereka.

Menurut Alistair, ketika ini FAM dan MFL (Malaysian Football League) hanya menyediakan kejohanan untuk pasukan B-18, B-23 dan pasukan senior sahaja.

Kenyataan oleh Alistair ini secara tidak langsung mewakili akademi-akademi bola sepak lain yang turut berdepan situasi sama ketika ini kerana masing-masing mahukan kejohanan yang lebih kompetitif untuk tingkatkan kualiti pemain masing-masing.

Mungkin FAM dan MFL (Malaysian Football League) boleh melakukan sesuatu untuk memastikan pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi turut mendapat kejohanan berkualiti yang mana ia secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti bola sepak negara.

Idea untuk anjurkan kejohanan antarabangsa seperti yang bakal dilakukan oleh JDT boleh menjadi contoh terbaik untuk FAM dan MFL turut berbuat perkara sama.

Dengan bola sepak negara kini semakin berkembang, kejohanan berkualiti dari peringkat akar umbi akan menjamin masa depan bola sepak negara yang mana pasukan kebangsaan Harimau Malaya akan turut mendapat manfaat daripadanya.


Sumber I Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo