NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibu ‘terlampau’ didakwa rakam amang seksual bersama anak lelaki

Polis berkata wanita berusia 33 tahun direman selepas JKM mendapat maklumat menerusi sebuah video diperoleh daripada individu tidak dikenali. (Gambar Freepik)


PETALING JAYA: Seorang wanita direman lima hari bermula hingga Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa, berkata suspek berusia 33 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata, wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada Selasa selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video diperoleh daripada individu tidak dikenali.

“Sejurus laporan dibuat, pasukan polis telah menahan wanita itu dan merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk merakam video berkenaan.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam bilik di rumah suspek pada November tahun lepas,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suami wanita terbabit sedang menjalani hukuman penjara, manakala wanita itu negatif dadah.

Ramli berkata, kesemua anak suspek yang berusia sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan JKM.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo