NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN berupaya lemahkan Umno dalam PRN




KUALA LUMPUR: Tindakan bekas pemimpin-pemimpin Umno menyertai Perikatan Nasional (PN) berupaya melemahkan lagi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Penganalisis politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub penilaiannya adalah berdasarkan fakta parti UMNO kehilangan negeri Perlis dalam PRU15 sebelum ini.

“Pemimpin seperti Tan Sri Noh Omar, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa mempunyai sokongan yang kuat daripada masyarakat kawasan masing-masing,” kata beliau kepada HarakahDaily.

Beliau menambah bahawa penyertaan Noh Omar dalam PN mencetuskan gelombang terhadap Umno yang bermula di utara negeri Selangor yang sebelum ini terkenal sebagai kubu kuat parti tersebut di Sabak Bernam,Tanjung Karang.

“Ini akan memberikan peluang kepada PN untuk bertapak di negeri tersebut lebih lebih lagi di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan luar bandar,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa perubahan dalam kepimpinan Umno  sebelum ini tidak mengubah apa juga keadaan akibat kesan ‘luka politik’ yang dialami oleh pemimpin dan ahli Umnodi sebahagian kawasan dalam PRU15.

“Oleh sebab itu, PN mempunyai panglima perang baru yang terdiri dalam kalangan bekas-bekas pemimpin Umno sendiri dalam berhadapan dengan UMNO BN.

“Ini akan menjadikan Selangor sebagai medan utama paling sengit untuk melemahkan parti tersebut melalui PRN,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo