NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes rasuah Guan Eng, isteri, termasuk rakan niaga dipindah ke Mahkamah Tinggi

Lim Guan Eng, Betty Chew (tengah), dan Phang Li Koon didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram pada 11 Ogos 2020.



GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dijadualkan mendengar perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, isteri, Betty Chew dan rakan niaganya, Phang Li Koon.

Difahamkan, kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Butterworth ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semasa pengurusan kes pada 23 Mac lalu.

Mahkamah Tinggi menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei. Mahkamah dijangka merekodkan pengakuan mereka pada hari itu.

Lim, Chew, dan Phang didakwa pada 11 Ogos 2020 atas tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berhubung penganugerahan projek kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan Phang bagi pembinaan asrama pekerja asing, bernilai RM11.6 juta.

Lim didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, kerana salah guna kuasa sebagai ketua menteri dan pengerusi lembaga tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Dia didakwa memberi suapan bernilai RM372,009 kepada Chew melalui Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd dengan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan projek membina asrama di Juru dan Batu Kawan.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim mengikut Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009. Kesalahan itu didakwa berlaku antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016.

Chew didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM372,009 daripada akaun Public Bank yang didaftarkan di cawangan Taman Melaka Raya, antara 7 Okt 2013 dan 3 Mac 2016.

Ketiga mereka dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM50,000 dengan seorang penjamin.

Lim sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta ahli perniagaan Zarul Ahmad Zulkifli memberikan 10% komisyen keuntungan melibatkan kes rasuah terowong dasar laut.

Bekas menteri kewangan itu juga didakwa meminta sogokan RM3.3 juta untuk melantik syarikat Zarul menjalankan projek itu.

Dia juga menghadapi dua pertuduhan menyeleweng dua tanah bernilai RM208.7 juta milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang diberikan kepada dua syarikat secara tidak jujur. Perbicaraan rasuah terowong dasar laut disambung semula, pada 17 Jul.



Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo