NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Zahid tangguh, Imej sebenar kerajaan makin terbongkar

Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim, seperti menggambarkan apa jua dilakukan Zahid Hamidi akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) dari segi persepsi. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim “menyokong penuh” kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi ditangguhkan lebih lama kerana mampu menguntungkan Perikatan Nasional (PN).

“Apabila ditangguhkan, rakyat akan bertambah marah seterusnya memberi kelebihan dan menguntungkan PN,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, ia akan memberi imej “tidak manis” bagi seorang pemimpin negara untuk naik turun mahkamah bagi menghadapi pertuduhan jika kes membabitkan timbalan perdana menteri itu masih diteruskan.

“Saya dulu jadi orang pertama yang minta agar kes Zahid ini ditangguhkan sehingga beliau tamat menjadi timbalan perdana menteri, orang Umno tak minta pun.

“Sebab tak manis bagi seorang pemimpin negara untuk didakwa di mahkamah,” katanya.

Pada 10 April, media melaporkan perbicaraan rasuah Zahid yang kini di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi, ditangguhkan ke Ogos untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa pihak pendakwaan hanya boleh mempertimbangkan representasi Zahid selepas hasil siasatan SPRM.

Zahid didakwa atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri, antara 2013 dan 2018.

Dua belas daripada pertuduhan adalah untuk CBT, lapan untuk rasuah, dan baki 27 untuk pengubahan wang haram.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo