NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vape musnahkan generasi tahfiz, pondok



BANGI, Rabu – “Apa lagi yang mampu diharapkan daripada generasi yang menjaga al-Quran dan agama Islam jika mereka juga penghisap vape?”

Demikian luahan Pengetua dan PengasasSekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR) di Port Dickson, Rohidzir Rais selepas melihat lepasan tahfiz dan pondok di sebuah sekolah menghisap vape dalam sebuah bilik asrama beberapa hari lalu.

Katanya, daripada 20 orang pelajar dalam bilik tersebut, 19 adalah penghisap vape.

Kekecewaan 30 tahun lalu berulang kembali beberapa hari lepas apabila menziarahi sebuah sekolah yang menempatkan lepasan tahfiz dan pondok bagi menyiapkan mereka mengambil SPM fast track. Dalam sebuah bilik asrama yang memuatkan 20 orang pelajar, 19 orang adalah penghisap vape!

“Apakah fenomena vape ini kes terpencil dan tidak melibatkan semua pelajar tahfiz dan pondok?” katanya.

Luahnya, nisbah itu cukup menakutkan kerana pelajar penghafaz al-Quran ini perlu menjaga akal demi memelihara hafazan mereka.

Jelas Rohidzir, mungkin ada yang beranggapan ia hanya vape, namun hakikatnya produk itu bukan hanya wap air dan asap tapi juga melibatkan dadah mengkhayalkan selain kesan berpanjangan kepada kesihatan penagih.

“Selain kesan berpanjangan kepada kesihatan penagihnya. Apa lagi yang mampu kita harapakan daripada generasi penagih ini untuk menjaga al-Quran dan agama Islam jika diri mereka pun tidak mampu dijaga. Berapa ramai pelajar-pelajar tahfiz dan pondok telah menjadi penagih vape?” katanya. 

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau turut berkongsi seorang pelajar lepasan pondok dibuang sekolah kerana didapati membeli vape, bagaimanapun pelajar itu tidak sempat menggunakannya di asrama. 

Malah, seorang guru tahfiz lepasan ma’had tahfiz yang menghisap vape di hadapan pelajar juga pernah dibuang sebaik aduan perlakuan pelajar dan guru itu disampaikan kepadanya serta dibuktikan sahih.

Sehubungan itu, Rohidzir berharap persatuan tahfiz dan pondok mengambil cakna akan perkara itu serta mengemukakan penyelesaian.

Beliau juga menggesa undang-undang diperketatkan dan pihak terkait tidak takut menghukum pelajar bermasalah hatta jika perlu membuang beberapa ‘barah’ demi selamatkan pelajar lain.

Katanya, mereka boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani pelajar-pelajar yang ketagihan melalui rawatan dan kaunseling bersesuaian atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengadakan saringan air kencing bagi mengesan penagih dalam kalangan pelajar mahupun guru.

Dalam catatan itu, beliau berkata, teguran ini mungkin menimbulkan kemarahan kepada pengurusan sekolah dan tahfiz kerana mendedahkan pekung di dada.

Namun, katanya, jika isu tersebut tidak diperhatikan, mereka akan melahirkan lepasan agama Islam yang lemah, lembik dan tidak mampu berdaya saing dalam masyarakat.


Sumber I Tv Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo