NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hukuman dalam Islam bersifat pemulihan




KUALA LUMPUR: Dato’ Ahmad Yahya (PN-Pokok Sena) berkata, hukuman mati mengikut undang-undang jenayah Islam, sebahagiannya telah tersedia dalam Kanun Keseksaan seperti hirobah dan melawan negara atau pemberontakan atau disebut dengan bughah.

Dalam hukuman Qisas, katanya hukuman bunuh berbalas bunuh, mirip kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekurang-kurangnya bentuk hukuman yang termaktub dalam Kanun Keseksaan ini selaras dengan sebahagian hukuman qisas dan hukuman had yang ada dalam Islam walaupun roh perundangan Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, prasyarat utama kepada mencapai hukuman hudud mahu pun qisas dalam Islam adalah mesti cukup beban pembuktian yang ketat serta tidak ada secebis pun keraguan terhadapnya.

“Jika tidak, hukuman itu akan berbalik kepada hukuman takzir. Oleh sebab itu dalam perundangan jenayah Islam juga meletakkan prinsip tidak ada mandatori dalam perlaksanaan hukuman hudud mahu pun qisas melainkan prasyarat yang ketat itu dipenuhi.

“Ini juga yang kita jadikan satu prinsip keadilan yang ditegakkan dalam undang-undang pada hari ini, iaitu jika wujud keraguan, maka di sinilah hadirnya budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman takzir,” ujarnya.

Justeru, katanya lagi, tohmahan hukuman jenayah Islam sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan serta bersifat barbarik jelas menunjukkan mereka tidak memahami apa yang terkandung dalam falsafah, mekanisme serta pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.

“Kita seharusnya sedar bahawa hukuman yang dijalankan mesti sempurna sifatnya dalam menegakkan keadilan.

“Ia mesti bersifat hukuman balas atau retribusi yang setimpal dengan kesalahan atau jenayah yang dilakukan serta dibangunkan dengan unsur untuk memulihkan pesalah mahupun penjenayah,” katanya.

Sungguhpun begitu, katanya hukuman mati wajar dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama.

“Negara pernah berhadapan dengan pelbagai kes jenayah berprofil tinggi sebelum ini, mengapa tidak hukuman yang berat dikenakan sebagai cegah rintang kepada masyarakat diluar.

“Oleh sebab itu saya berpandangan kewajaran hukuman mati dikekalkan bagi memenuhi aspek cegah rintang untuk menggerunkan masyarakat di luar agar tidak membuat jenayah atau kesalahan yang sama,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/4/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo