NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudah masanya Israel di haramkan daripada semua kejohanan FIFA!



Nasib malang menimpa skuad Bola Sepak Indonesia apabila hak penganjuran sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 telah ditarik balik akibat pergolakkan politik mengenai penyertaan Israel dalam kejohanan tersebut. 

Kedua-dua negara tersebut tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dan menyebabkan penunjuk perasaan mengesa Israel disingkirkan daripada kejohanan itu. Ia adalah tanda sokongan kepada Palestin yang sering ditindas oleh negara tersebut.

Dengan sekatan tersebut Indonesia berkemungkinan akan berhadapan tindakan padah daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila boleh mengakibatkan sekatan tidak boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh FIFA. 

Bukan hanya sekatan, malah Indonesia juga turut kerugian besar dari segi ekonomi negara.

Indonesia dilihat tiada masalah dari segi penganjuran dan persiapan rapi telah pun dibuat oleh negara tersebut, namun apabila mereka mengetahui Israel turut layak ke pusingan akhir Piala Dunia B-20 segalanya telah berubah. 

Penarikan ini juga dilihat memberi impak kepada para pemain muda Indonesia yang berduka cita apabila tidak dapat meneruskan perjuangan mereka dalam kejohanan tersebut dan ia bagai membunuh jiwa dan harapan mereka yang telah membuat persiapan lebih awal lagi.

Perkara ini perlu dilihat dan dikaji semula oleh pihak FIFA sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya permasalahan seperti ini. Masalah seperti ini akan terus timbul sekirannya tiada tindakkan sewajarnya diambil oleh pihak berwajib. Bukan hanya Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, malah terdapat juga beberapa negara di Asia mahupun Eropah menghadapi situasi yang sama.

Kemelut masalah politik Israel ini telah lama berlaku dan telah diketahui oleh seluruh dunia. Tetapi tiada apa-apa tindakkan yang serius diambil oleh FIFA seperti tiada apa yang berlaku. Situasi yang sama boleh diambil kira daripada apa yang terjadi kepada negara Russia yang telah di banned daripada menyertai sebarang kejohanan dibawah FIFA. Masalah yang sama iaitu berkaitan kemelut politik antara Russia dan Ukraine tetapi tindakkan yang berbeza diambil oleh badan induk tersebut.

Adakah keputusan yang dibuat oleh FIFA ini boleh disifatkan seperti berat sebelah atau ‘double standard’ apabila tiada apa-apa tindakkan terhadap Israel yang mempunyai masalah dan kemelut politik yang sama sedangkan Rusia dikenakan tindakan.

FIFA perlu melihat kembali perkara ini dengan serius supaya segala keputusan yang dibuat adalah saksama dan adil.

Masalah seperti ini sudah pasti tidak mahu dilihat oleh seluruh peminat bola sepak apabila negara mereka di diharamkan daripada menyertai kejohanan FIFA atas sebab masalah bukan datangnya daripada mereka.

FIFA perlu mengambil tindakkan sewajarnya juga terhadap Israel yang telah banyak menimbulkan masalah kemelut politik sebelum ini. 

Jika tindakkan yang perlu diambil adalah seperti negara Rusia, FIFA perlu tegas dalam melaksanakkan tindakkan tersebut supaya dilihat adil dalam membuat keputusan selari dengan saranan mereka Respect dan Say No to Racism.


Sumber | Harimau Malaya



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo