NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cagar KWSP: Ramai tolak cadangan PM




KOTA BHARU: Dua tahun lalu ketika pandemik Covid-19 masih menular Pemuda Umno antara paling lantang memperjuangkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun sekarang perjuangan itu tidak kedengaran lagi.

Mengambil kira suara rakyat perdana menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pencarum mengeluar secara one-off sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun tekanan sekarang lebih mencabar dengan kenaikan harga barangan keperluan harian dan kos sara hidup menyebabkan rakyat menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar sebahagian simpanan mereka.

Malah rata-rata rakyat menolak cadangan Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan wang caruman di KWSP sebagai cagaran bagi membuat pembiayaan kewangan di bank.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan sewajar mempunyai mekanisma yang tuntas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Katanya, rakyat memerlukan simpanan di KWSP sebagai pilihan terakhir untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika ekonomi yang kian mencabar.

“Kita harap kerajaan mempertimbangkan tuntutan pencarum supaya sebahagian simpanan di KWSP diberi kebenaran untuk dikeluarkan.

“Cuma mekanisma untuk mengawal agar tidak digunakan secara berleluasa itu kena ada terutamanya rakyat yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Baru-baru ini seorang pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49, sanggup berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara lebih 300 kilometer bagi memperjuangan isu tersebut.

Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus pula berkata, langkah terbaik menyelesaikan isu tersebut dengan melaksanakan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Menurutnya juga biarpun KWSP mempunyai hak di bawah Seksyen 51 Akta KWSP 1991, namun kerajaan perlu mempunyai pertimbangan sewajar untuk membantu rakyat. – HARAKAHDAILY 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo