BANGI, Ahad – Harga tiket penerbangan domestik didakwa terlalu mahal dan menyebabkan rakyat negeri Sabah tidak berpeluang pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya aidilfitri yang disambut setahun sekali.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata lonjakan kenaikan harga tiket penerbangan domestik menjelang sambutan Aidilfitri disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana tambang jauh lebih mahal berbanding hari biasa.
Bung Moktar menegaskan, syarikat penerbangan tidak sepatutnya mengaut keuntungan mudah dengan menaikkan harga tambang sewenang-wenangnya.
Pada masa sama, beliau berkata harga tiket yang melambung tinggi ini pastinya membebankan penduduk Sabah yang berada di Semenanjung untuk pulang ke negeri tersebut.
Justeru, beliau menggesa supaya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menurunkan harga yang ‘mencekik darah’ ini.
Sumber I Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment