BARCELONA terlepas peluang untuk melebarkan jurang mata di puncak La Liga setelah kalah mengejut 1-2 kepada Rayo Vallecano di Vallecas awal pagi Khamis.
Alvaro Garcia dan Fran Garcia muncul wira untuk membantu kemenangan berharga Rayo, manakala Robert Lewandowski memperoleh gol lewat permainan buat Barca.
“Mereka beraksi dengan baik dan berhak menang. Kami tidak cukup bagus.
“Mereka tampil lebih garang di tempat sendiri. Kami pula membuat dua kesilapan dan mereka hasilkan gol,” kata pertahanan Barcelona, Ronald Araujo.
Kekalahan itu tidak menjejaskan skuad Xavi Hernandez apabila kekal 11 mata di depan pasukan di tempat kedua Real Madrid dengan berbaki tujuh perlawanan.
Selepas juara bertahan Madrid tewas di Girona pada Rabu, harapan mereka pertahankan gelaran semakin tipis walaupun Barcelona mengalami nasib sama.
Barca pula hanya menang satu daripada empat aksi terakhir liga - kemenangan tipis ke atas Atletico Madrid Ahad lalu dalam misi memburu gelaran liga pertama sejak 2019.
Xavi sebelum perlawanan memberi amaran kepada pemainnya mengenai ancaman Rayo kerana mereka gagal menewaskan kelab Madrid itu dalam empat aksi terakhir.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment