NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Ayam’ cedera main mercun bola

Naim menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran kediamannya. - Foto Instagram naimdanielx

SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi Naim Daniel dikejarkan ke klinik gara-gara mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangannya akibat bermain mercun bola, lapor Gempak.

Naim yang berkongsi perkara tersebut di Instagram malam tadi memberitahu dahi serta tapak tangannya luka selain kuku jari telunjuk tangan kanannya pecah.

"Sakitnya... kuku pecah, see... yang tu isi, terkeluar sikit," katanya sambil menahan sakit.

Naim bagaimanapun masih tersenyum dan berjenaka ketika menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran kediamannya.

Sejurus pulang daripada menerima rawatan, dalam keadaan berbalut, Naim masih meneruskan aktiviti bermain bunga api bersama rakan-rakannya.

Mengemaskini hantaran di susur masa Instagramnya, Naim memberikan amaran kepada pengikutnya tentang bahaya bermain mercun.

"Jangan main mercun bola please," tulisnya ringkas.

Awal tahun lalu, Naim pernah mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika bermain skate board hingga menyebabkan tangannya terseliuh.


Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo