Anggota LUAS memeriksa sampel air di lokasi pencemaran bau dikesan di Sungai Gong. |
RAWANG - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau seakan diesel dengan kadar satu ton di Sungai Gong di sini pada Rabu.
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, susulan kejadian jam 1.30 petang itu, LUAS mengaktifkan kod kuning mengikut manual kecemasan pencemaran sumber air terhadap insiden yang berpotensi menyebabkan henti tugas loji rawatan air (LRA).
Menurutnya, siasatan menemukan sebuah jentera jengkaut telah diletakkan di tebing Sungai Gong dengan anggaran jarak 150 meter dari sungai dan berhampiran sebuah kilang.
"Jentera itu digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan gabion untuk tujuan pengukuhan tebing sungai, beroperasi tanpa kelulusan dan tidak mengikut piawaian kerja yang sewajarnya.
"Hasil maklumat awal, kaedah kerja yang dijalankan berisiko tinggi mengakibatkan pencemaran seperti tumpahan minyak," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Susulan itu katanya, LUAS telah mengarahkan pengendali jentera tersebut mengalihkan jentera terlibat serta-merta dari tebing sungai kerana berisiko menyebabkan pencemaran dan gangguan operasi LRA utama negeri iaitu LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2, dan SSP3.
"Selain itu, kerja-kerja penyemburan menggunakan rawatan biologikal menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) juga dilakukan sebagai tindakan kawalan dan pencegahan serta pemuliharaan agar tiada sebarang implikasi kepada Sungai Gong.
"Insiden tersebut berjaya diatasi dan tiada sebarang gangguan operasi LRA dilaporkan," katanya.
Ujar beliau, LUAS telah membuka kertas siasatan terhadap insiden tersebut berdasarkan Seksyen 59 (1)(b) Enakmen LUAS 1999 berkenaan kesalahan menjalankan aktiviti kemasukan atau pelepasan bahan pencemar tanpa lesen LUAS.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment