NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

87,340 liter diesel seludup dirampas - Kastam



PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan empat kes penyeludupan minyak dengan rampasan 87,340 liter diesel dengan nilai rampasan RM 218,372 di Kedah dan Perlis sejak awal tahun ini hingga Mac lalu.

JKDM dalam kenyataan pada Khamis berkata, rampasan itu membabitkan tiga kes di Perlis dengan 4,340 liter diesel bernilai RM9,331 manakala satu kes di Kedah melibatkan rampasan sebanyak 83,000 liter diesel bernilai RM209,041.

JKDM berkata, agensi itu bekerjasama erat dengan Kastam Thailand dalam mengekang aktiviti penyeludupan minyak diesel ke negara jiran.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis juga telah mengeluarkan larangan pengisian minyak diesel dan petrol bersubsidi bagi kenderaan dengan nombor pendaftaran Thailand.

"Begitupun terdapat inisiatif lain di mana kenderaan itu hanya dibenarkan mengisi minyak diesel tanpa subsidi di dua stesen minyak di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis," katanya.

Menurutnya, JKDM telah memperketatkan keperluan dokumen yang lengkap terutamanya membabitkan kes lori yang mengeksport minyak.

"JKDM sememangnya sentiasa bekerjasama dengan KPDN bagi penyemakan kesahihan dokumen," katanya.

Menurut kenyataan itu, Kastam Thailand juga akan memeriksa mana-mana kenderaan yang masuk ke atau keluar dari Thailand bagi memastikan tiada tangki tambahan pada kenderaan terbabit.

"Sekiranya kenderaan itu ditahan serta terdapat muatan minyak diesel di dalam tangki tambahan terbabit, ia akan dirampas oleh pihak Kastam Thailand.

"JKDM bekerjasama dengan Kastam Thailand supaya kenderaan tersebut tidak dibenarkan meneruskan perjalanan dari Thailand," katanya.

JKDM sedang dalam rangka menyiapkan SOP operasi bersama Kastam Thailand supaya lebih tersusun dan terancang berdasarkan maklumat risikan serta pemantauan.

"Tindakan yang biasa seperti sekatan jalan raya akan diteruskan bagi meningkatkan kesedaran dan mewujudkan unsur kejutan dalam pengoperasian pengimportan dan pengeksportan yang tidak hanya tertumpu kepada komoditi minyak diesel sahaja.

"JKDM meminta orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat Kastam berhampiran," katanya.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo